Kelas Bimbingan Kerjaya SPA & E-Recruitment

3 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas bimbingan kerjaya SPA dan e-recruitment diatas permintaan peserta. Peserta berlatarbelakang tahap pendidikan lepasan SPM ingin mengisi kekosongan pekerjaan yang terdapat di laman sesawang SPA dan e-recruitment. Peserta diberi bimbingan cara-cara mengisi borang secara atas talian serta memuat naik dokumen dan gambar yang berkaitan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali